Larangan-larangan Untuk Melakukan Bekam
(a) Tidak disarankan melakukan amalan bekam terhadap pesakit diabetis/kencing manis atau pesakit yang mengalami pendarahan badan , (kecuali jurubekam yang benar-benar ahli).
(b) Tidak disuruh kepada pesakit-pesakit yang begitu lemah / fizikalnya sangat lemah sehingga boleh mengakibatkan pengsan.
(c) Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penderita yang mengalami penyakit kulit yang merata.
(d) Tidak dianjurkan bekam terhadap orang yang sangat tua / lanjut usia kerana berbekam mengeluarkan darah dan mengakibatkan letih lesu .
(e) Tidak digalakkan terhadap orang/PENDERITA yang selalu keluar darah/ kekurangan darah dalam tubuh.
(f) Tidak digalakkan pada ketika orang yang badannya terlampau letih lesu ,lemah longlai dan lemah tenaga badan.
(g) Tidak digalakkan juga pada ketika seseorang baru sahaja selesai mandi .
(h) Tidak digalakkan ketika seseorang merantau atau bermusafir jauh kerana biasanya badan seseorang akan mengalami keletihan dan lesu.
(i) Tidak digalakkan ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh melemahkan lagi kekuatan badan ( kecuali bagi orang yang kuat dan mampu ).
(i) Tidak digalakkan perempuan sedang mengandung kerana mengeluarkan darah dikhuatiri boleh memudaratkan ibu dan anak yang dikandung juga .
(j)Tidak digalakkan kepada perempuan baru melahirkan anak kerana banyak sudah darah keluar daripada tubuhnya.
(k)Tidak digalakkan kepada perempuan sedang istihadhoh , nifas dan haid .
(l)Tidak digalakkan kepada orang yang keletihan kerana mengerjakan ibadah umrah dan haji kerana tenaga diperlukan ketika ibadah tersebut .
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)


No comments:
Post a Comment