Sunday, May 9, 2010

LARANGAN BERBEKAM

Larangan-larangan Untuk Melakukan Bekam

(a) Tidak disarankan melakukan amalan bekam terhadap pesakit diabetis/kencing manis atau pesakit yang mengalami pendarahan badan , (kecuali jurubekam yang benar-benar ahli).

(b) Tidak disuruh kepada pesakit-pesakit yang begitu lemah / fizikalnya sangat lemah sehingga boleh mengakibatkan pengsan.

(c) Tidak dianjurkan melakukan bekam terhadap penderita yang mengalami penyakit kulit yang merata.

(d) Tidak dianjurkan bekam terhadap orang yang sangat tua / lanjut usia kerana berbekam mengeluarkan darah dan mengakibatkan letih lesu .

(e) Tidak digalakkan terhadap orang/PENDERITA yang selalu keluar darah/ kekurangan darah dalam tubuh.

(f) Tidak digalakkan pada ketika orang yang badannya terlampau letih lesu ,lemah longlai dan lemah tenaga badan.

(g) Tidak digalakkan juga pada ketika seseorang baru sahaja selesai mandi .

(h) Tidak digalakkan ketika seseorang merantau atau bermusafir jauh kerana biasanya badan seseorang akan mengalami keletihan dan lesu.

(i) Tidak digalakkan ketika berpuasa kerana dikhuatiri boleh melemahkan lagi kekuatan badan ( kecuali bagi orang yang kuat dan mampu ).

(i) Tidak digalakkan perempuan sedang mengandung kerana mengeluarkan darah dikhuatiri boleh memudaratkan ibu dan anak yang dikandung juga .

(j)Tidak digalakkan kepada perempuan baru melahirkan anak kerana banyak sudah darah keluar daripada tubuhnya.

(k)Tidak digalakkan kepada perempuan sedang istihadhoh , nifas dan haid .

(l)Tidak digalakkan kepada orang yang keletihan kerana mengerjakan ibadah umrah dan haji kerana tenaga diperlukan ketika ibadah tersebut .
Bagi yang berminat untuk dapatkan rawatan saya bolehlah hubungi saya atau sms kepada saya di Bukit Mertajam ( 0124336419 ) bagi :

Rawatan Bekam Sunnah
Rawatan Air Tawar / Penawar
Rawatan Pagar Rumah
Rawatan Pendinding Diri Sekeluarga dan Rumah
Rawatan Gangguan Makhluk Halus
Rawatan Kaunseling Islam
Rawatan Pelbagai Penyakit Zohir dan Batin

Thursday, May 6, 2010

Kaunseling dan Rawatan Islam

Dalam menjalankan rawatan Islam kepada pesakit-pesakit saya biasanya saya akan melakukan sedikit kaunseling secara Islami terutamanya bagi pesakit yang lama menghidapi penyakit-penyakit kronik sehingga sampai ke peringkat pakar perubatan . Jadi dalam masa yang sama , saya menanamkan akidah keyakinan kepada mereka . Setiap penyakit ada ubatnya . Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Jadi bagi saya sebagai perawat , adalah perlu untuk menggabungkan kaunseling dengan rawatan Islam secara berpadu bagi mendapatkan kesan yang maksima dengan Izin-Nya juga. Amin .